Angka 8

Selasa, 17 November 2009 ·

Angka 8 yang luar biasa.

Nombor 8 biasanya dikaitkan dengan tuah bagi masyarakat cina di Malaysia. Tidak dinafikan nombor 8 menjadi ikutan masyarakat hari ini. Disebabkan hal yang demikian, permintaan ke atas tersebut menjadi luar biasa. Nombor rumah, nombor pendaftaran kereta, nombor kedai, dan bermacam-macam lagi menjadikan nilainya semakin tinggi. Oleh itu sama-samalah kita betulkan fahaman kita yang nombor tidak menentukan ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah.

Semua perkara dalam kehidupan manusia, sama ada baik atau buruk, adalah ditentukan oleh usaha sendiri. Angka atau nombor tidak ada kaitan untuk menentukan tuah, atau sebaliknya. Tetapi hal ini agak berlainan pula bagi seorang presiden Barrios dari Guatemala. Angka 8 menjadi suatu kebetulan yang tragis bagi dirinya. Beliau telah dibunuh pada pukul 8.00 malam, 8 Februari 1898, di alamat No.8, di Jalan 8. Suatu kebetulan yang cukup luar biasa!

0 ulasan:

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

Follow by Email

About this blog

Blog ini direka untuk perkongsian ilmu berkaitan matematik. Diharap ilmu yang dicatat dapat sama-sama kita amalkan. Segala maklumat yang terkandung dalam blog ini mungkin diambil dari blog-blog yang telah dibaca oleh penulis. Diharap, apa yang dikongsikan dapat memberi manafaat kepada semua.
ILMU..TUNTUT..SEBAR...