Sifir

Isnin, 16 November 2009 ·

PENDARABAN 2 ANGKA

Pendaraban dua angka sukar diingati melalui penghafalan sifir. Oleh itu kaedah yang lebih mudah perlu digunakan untuk mendarab nombor-nombor ini. Melalui kaedah pendaraban dari angka besar ke angka yang lebih kecil penyelesaian hasil darab dapat diselesaikan dengan lebih mudah.


[contoh 7]

Melalui kaedah ini proses mendarab adalah hampir sama dengan kaedah biasa. Tapi setiap nombor didarabkan satu per satu didahului dengan nombor yang lebih besar. Ini bagi memudahkan proses berikutnya iaitu mencampurkan semua hasil-hasil darab yang telah dilakukan.


[contoh 7]





PENDARABAN KAEDAH RINGKAS


Bagi meringkaskan kaedah pendaraban banyak perkara perlu ditekankan terlebih dahulu. Ini kerana pemahaman terhadap nombor (nilai) perlu dikuasai. Jadi pendaraban dengan kaedah ini mempunyai syarat-syarat yang ketat dan perlu dilatih bagi mengelakkan kekeliruan. Walaubagaimanapun kaedah begini dapat membantu mengurangkan masa mengira!

[contoh 7]

Melalui rajah di atas dapat diperhatikan beberapa nombor (75, 50 dan 25) berbanding 100. Melalui pemahaman nilai ini kaedah ringkas dapat dibentuk. Setiap nombor yang didarab dengan 75 adalah ¾ daripada nombor yang didarab 100, setiap nombor yang didarab dengan 50 adalah ½ daripada nombor yang didarab 100 dan setiap nombor yang didarab dengan 25 adalah ¼ daripada nombor yang didarab 100.

[contoh 7]


[contoh 7]

0 ulasan:

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

About this blog

Blog ini direka untuk perkongsian ilmu berkaitan matematik. Diharap ilmu yang dicatat dapat sama-sama kita amalkan. Segala maklumat yang terkandung dalam blog ini mungkin diambil dari blog-blog yang telah dibaca oleh penulis. Diharap, apa yang dikongsikan dapat memberi manafaat kepada semua.
ILMU..TUNTUT..SEBAR...